Total Pageviews

Wednesday, 15 June 2011

Hukum memakai inai, inai berukir dilaknat Allah



Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita t ida k tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.. 

Tuesday, 14 June 2011

jom buat donat!!!



  
CRISPY AND CREAMY DOUGHNUT


Bahan Membuat Donat, CRISPY AND CREAMY DOUGHNUT:
  • 14 g ragi/yis
  • 50 ml air 
  • 355 ml susu cair 
  • 100 g gula pasir
  • 6 g garam
  • 2 btr telur
  • 68 g mentega
  • 625 g tepung gandum
  • 1000 ml minyak goreng, untuk menggoreng

Pelapis:
  • 76 g mentega
  • 250 g gula castor/tepung
  • 8 ml vanila
  • 60 ml air panas, jika diperlukan
  • 100 g almond, panggang sebentar
Cara Membuat Donat, CRISPY AND CREAMY DOUGHNUT::
  1. Rendam ragi dalam air hangat/suam, diamkan/biarkan selama 5 menit, atau hingga berbusa.
  2. Campur ragi/yis, susu, gula, garam, telur, mentega, 2 cup tepung terigu. pukul dalam perlahan, atau pukul dengan sendok kayu. Masukkan sisa tepung, pukul hingga adunan sebati. Aduk hingga 5 menit .
  3. Tempatkan adunan dalam wadah dan tutup, simpan di tempat yang hangat/suam hingga ukurannya menjadi dua kali ganda. Adunan siap dibentuk.
  4. Taburi tepung dan gilas dengan lembut hingga 1,3 cm tebalnya. Cetak dengan cetakan donat. Biarkan donat mengembang hingga dua kali ganda. Tutup dengan serbet bersih.
  5. Membuat pelapis: Cairkan mentega hingga setengah leleh, masukkan gula castor dan vanila hingga tercampur rata, angkat dan aduk dalam air panas tambah sedikit air.
  6. Panaskan minyak dan goreng donat hingga matang atau kuning keemasan.
  7. Celupkan salah satu permukaan donat pada pelapis selagi panas, dan taburi dengan almond.
  8. Sajikan selagi hangat atau dalam keadaan dingin.
MARI MENCUBA...YAHAAA!!!!!

Monday, 30 May 2011

MARI KENALI PA MAKSUD 'KAWAN'

Niyh sa maw cerita lu sikit tentang beberapa maksud "KAWAN" d dlm fahaman sa la ya.. .hehehe..
Untuk tujuan kita berfikir sejenak pasal menghagai KAWAN2 



  • Bagi sa kawan itu penting........, tanpa kawan gelap la hidup kita xda tempat untuk bersembang n apa jua pekara yang dapat dibincangkan....
  • Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya
  • okey sa ada 1 benda lg maw share niyh......
  1. kawan bukan macam BULU TANGKIS  sebelum main dipengang,bila main DIPUKUL.
  2. kawan tu bukan mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
  3. kawan tu bukannya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
  4. kawan ibarat bola ragbi sebelum dapat direbut,bila dapat dilindungi kawan itu.

Sunday, 29 May 2011

"TAWAU"

  



peta sabah (tawau)


tawau pada tahun 50 an

masjid niyh siap tahun 2003


sebelum wujudnya masjid di atas




TAWAU
Tawau. Mempunyai keluasan 6243 km persegi dengan bilangan penduduk yang melebihi 524,700 orang,.

Tawau terletak di bahagian Selatan Pantai Timur yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Mengikut sejarah awal, Tawau diserahkan oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck, pemerintah Inggeris pada tahun 1877. Tawau hanya dibuka pada tahun 1893 memandangkan lokasi yang strategik sebagai bandar pelabuhan dan lurah-lurah yang subur. Koko merupakan pertanian utama hingga menjadikan Tawau sebagai pengeluar koko yang terbesar di rantau Asia. Selain daripada koko, tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam dan kelapa juga turut diusahakan. Selain itu, hutan rimba di Tawau juga menyumbang hasil kayu balak kepada ekonomi Sabah. Tawau juga terkenal dengan ternakan udang laut yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara iaitu terletak di Umas-umas. 










Taman Bukit Tawau seluas 27,972 hektar adalah antara kawasan peranginan di daerah Tawau yang mempunyai pelbagai hidupan semulajadi termasuk hutan tebal.Kawasan diliputi hutan tebal di Taman Bukit Tawau mampu menarik minat pencinta alam samada untuk menjalankan kajian dan penyelidikan atau sekadar datang berkunjung.





Pokok tinggi serta rendang yang menutupi kawasan itu memberikan laluan kepada pokok kecil hidup subur dan menjadikan kawasan itu lebih nyaman dengan udara bersih.   Selain mempunyai hutan tebal yang mampu memberi ketenangan, pengunjung yang datang juga pasti terpesona dengan keindahan air terjun semulajadi.  Tidak jauh daripada kawasan air terjun itu, ada pula kolam air panas semulajadi yang mempunyai pemandangan indah dan membolehkan pengunjung merehatkan otot serta tulang apabila berendam di dalamnya.





Bagi aktiviti lasak pula, Taman Bukit Tawau turut menyediakan kemudahan untuk menerokai, belajar dan mengenali dnegan lebih dekat lagi flora dan fauna yang terdapat di sana.  Manakala bagi aktiviti mencabar, pengunjung berpeluang mendaki Gunung Bombalai dengan ketinggian 530 meter dan menjanjikan panorama indah daerah Tawau serta lautan Sulawesi.
Antara kemudahan penginapan yang disediakan di Taman Bukit Tawau ialah dua blok asrama dikenali sebagai Agathis Hostel A&B yang boleh menampung 80 orang dan juga sebuah chalet.  Kemudahan kawasan perkhemahan yang boleh menampung 500 hingga 1,000 peserta turut disediakan.  Dua bilik khas juga disediakan bagi pengembara yang tidak bertujuan untuk menginap.  Untuk ke sana pengunjung boleh menghubungi pusat pentadbiran yang letaknya 24 kilometer dari bandar Tawau atau 
dengan menaiki kenderaan sendiri.







                                           
pulau sipadan:
  

    





Apa yang menarik di Pulau Sipadan 

Pulau Sipadan terkenal di serata dunia sebagai antara destinasi diving/snorkling tercantik di dunia. Jadi, aktiviti dalam air seperti diving dan snorkling adalah aktiviti utama. Tiada lagi chalet, resort, hotel, restoran atau sebarang kedai beroperasi di sini. Pulau ini agak sunyi dan agak tidak terjaga. Jarang ada pengunjung yang melakukan aktiviti pantai seperti berjemur atau bermain-main kerana kebanyakan yang datang hanya untuk tujuan snorkling dan diving sahaja. Bot pelancong juga dilarang daripada diletakkan di tepi jeti/di hadapan pulau terlalu lama. Chalet-chalet lama kini dijadikan tempat penginapan anggota-anggota keselamatan yang bertugas 24 jam. Atas faktor keselamatan, anda juga dilarang ke bahagian belakang pulau ini. Hanya bahagian hadapan pulau yang tidak lebih dari 500 meter sahaja dibenarkan untuk anda bermain-main atau mengambil foto/gambar. 

Aktiviti dalam air memang menakjubkan. Terdapat banyak kawasan terumbu karang di sekitar pulau untuk snorkling/diving. Namun, keseluruhan tempat dan kecantikan coral adalah lebih kurang sama sahaja. Anda dijamin akan dapat melihat banyak penyu berenang ketika melakukan snorkling/diving. Dan kelibat penyu juga dapat dilihat dengan jelas muncul di permukaan air ketika berada atas pelantar jeti (jika anda tidak mahu snorkling) - selain daripada hidupan marin, terumbu karang serta ikan-ikan lain. Jika anda bernasib baik (ataupung mungkin jadi nasib buruk) anda boleh melihat jerung berenang di bawah anda. Air di sini amat dalam disebabkan kedudukan pulau di tengah laut dan airnya agak sejuk serta berombak.