Total Pageviews

Sunday 29 May 2011

Pelabelan halal produk makanan



Pelabelan halal produk makananUtusan Malaysia, 30 Jan 2003

  • penjelasan sebenar dari pihak yang berkenaan (JAIS, JAWI, Jabatan Kesihatan, dan lain-lain) mengenai barangan halal-haram di pasaran yang dikatakan mempunyai unsur-unsur kandungan lemak khinzir.

  • Contohnya seperti di dalam sebahagian: Ubat gigi, krim pencukur, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut, bertih jagung (Corn flakes), makanan atau buah-buahan dalam tin, ubat-ubatan, vitamin dan lain-lainnya.

  • Penjelasan dan pengesahan halal-haram dari pihak yang bertanggungjawab ini sekurang-kurangnya akan dapat mengikis kemusykilan pada barangan yang sudahpun berada dipasaran.



Kandungan bahan-bahan dalam makanan tersebut adalah dalam kategori (E -emulsifier) :-
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327,334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.


Jawapan:
UNTUK menjelaskan masalah yang dibangkitkan oleh pembaca di atas, pihak Utusan Malaysia telah menghubungi Bahagian Kawal Selia Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut adalah keterangan yang diberikan:
  1. Para pengguna biasanya akan meneliti senarai kandungan (ingredient) bahan yang dicatatkan pada produk, terutama bahan makanan bagi memastikan status halal haramnya.
  2. Bagaimanapun, selalunya terdapat kekeliruan apabila pelabelan sesuatu produk menggunakan kod-kod tertentu seperti E471 dan sebagainya.
  3. Kod tersebut membawa maksud edditives, iaitu bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa proses penyediaan atau pengilangan sesuatu bahan makanan, terutama membabitkan pembungkusan.
  4. Edditives antara lainnya bertindak sebagai anti foaming agent (anti buih), pewarna, penambah perisa dan penyebatian (emulsifier).Ini selalunya digunakan ketika proses membuat kek atau coklat.
  5. Bagaimanapun edditives tidak semestinya memberikan kesan dari segi nilai nutritif dalam makanan.
  6. Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
  7. Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.
  8. Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.
  9. Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.
  10. Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.


Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal. n klu ada pandangan tolong share tkot juga benda macam niyh...hehehe

3 comments:

  1. huh!lega...thnkz 4 the information yea ..
    coz berabad daa ramai ingt "E tuu abeh2 dr haiwan..

    ReplyDelete
  2. okay, new information, thanks :)

    ReplyDelete